Perjalanan kami ke Malta kali ini adalah tanpa ditemani oleh anak-anak....ala-ala honeymoon gitu dan bersempena jugak hadiah tertangguh dari hubby untuk wedding anniversaries kami yang ke 16 tahun. Bukan niat utk meninggalkan anak-anak tapi mereka yang terlebih memahami hasrat mama dan ayah yang mahukan privacy sekali sekala......so many thanks for you guys dan kepada adik-adik dan rakan karibku di Notts yang sudi menjaga mereka sepanjang tiga malam sepeninggalan kami.
Perjalanan agak jauh....dari Notts kami perlu ke Luton Airport di London yang memakan masa perjalanan selama hampir 2 jam dan ditambah lagi dengan 3 jam 20 minit perjalanan udara dengan menaiki Ryan Air. Kami tiba di sana iaitu lapangan terbang Gudja, Malta pada jam 9.30 pagi selepas melintasi ruang laluan udara yang mana diantara negara yang dilalui adalah Swiss Alps,Itali dan pulau Sicily......perkara pertama yang terlintas dikepala sebaik sampai dan melepasi imegresen Negara Malta ini adalah sarapan pagi.....lapar betul......cari punya carik kedai-kedai di airport maka terkejut menerima sapaan dari pemilik kedai “Noor” “dari Malaysia” dan “apa khabar”....fuh lega rasanya maka kamipun menjamu selera dengan hidangan nasi goring telur dan nasi briyani berlaukkan ayam tandoori......enak dan lazat sekali......
Selepas makan kamipun memulakan perjalanan menuju ke Bandar Valette dengan menaiki bas dari lapangan terbang. Cuaca memang agak panas jauh berbeza dengan kesejukan yang kami alami di Notts.....perjalanan dengan menaiki bas yang agak uzur jugaklah kondisinya disulami dengan jalanraya yang tidak begitu selesa mampu mengimbau kembali keadaan di Malaysia beberapa tahun yang lampau.....cuma dengan pemandangan yang amat berbeza......oh baruku tahu macam nih lah rupanya suasana di negara bercuaca Mediterranean kerana dengan kedudukannya memang Malta terkenal sebagai “the heart of Mediterranean” Melihatkan pokok-pokok di sepanjang perjalanan kenangan mengimbau semula dengan tumbuhan yang sama yang didapati ketika kami melakukan lawatan ke Green house di Eden project sewaktu lawatan ke Cornwall suatu ketika dulu.
Selepas bas sempat menyusuri beberapa bandar seperti Floriana,Marsa,Poala,Tarxien dan Ghaxaq kami tiba di Bandar Valette yang dikenali sebagai “ a world of heritage city” dan amat kagum dengan keunikan bandar, senibina dan scenerynya yang amat cantik dan cukup berbeza dengan negara-negara lain yang pernah kami lawati sebelum ini......no wonder gelaran ini diberiakan oleh Uniesco .....amat tepat sekali......cukup-cukup cantik dan really amazing.... sementara menunggukan waktu untuk check in di British Hotel yang telah siap ditempah tiba kami sempat menyusuri disegenap pelusuk bandar sambil mengabadikan kenangan indah kami di sini.
Hari kedua kami dimulai dengan sarapan pagi dan seterusnya menikmati pemandangan laut dengan berjalan kaki sambil menyusuri pantai sehingga ke Valetta Waterfront dan diakhiri dengan lawatan ke kedai duti freenya yang penuh dengan kilauan batu-batu permata dan berlian......ooh ohh apa lagik....tq hubby for that beautiful anniversary present......akak dpt sebentuk cincin sterling dan buah loket untuk rantai......lov u....
Rangka lawatan seterusnya memang agak padat.....almaklumlah holiday ni cuma untuk 2 hari saja kan.....so we intend to make full use of it.....selepas check out dari hotel kami terus shopping serba sedikit souvinier untuk bekalan balik dan destinasi pertama adalah ke fishing villagenya yang terletak di M’Xlokk Bay dengan menaiki bas.Walaupun basnya boleh dikategorikan didalam keadaan yang agak kurang selesa tanpa berhawa dingin tetapi sistemnya memang patut dipuji.....sangat-sangat effectif dan cekap.....don’t judge the book by its cover......tepat betul....